Powered by Invision Power Board


  Reply to this topicStart new topicStart Poll

> slot khas untuk permata hatiku -Dia yg teristimewa
annur
Posted: May 26, 2007 08:36 pm
Quote Post


Bibik (Cuci toilet)
*

Group: Ahli Keluarga
Posts: 11
Member No.: 316
Joined: May 26, 2007



If im not mistaken ,jarak masa di antara kita dan Nabi Muhammad saw dah hampir 1400 tahun dan pengajian kita mngenai Baginda baik dari segi fizikal mahupun sifat keperibadiannya masih belum cukup.Masih banyak khazanah2 berharga tntg diri Baginda yang belum kita terokai



Alangkah indahnya jika Baginda ada bersama kita sekarang.Tentunya hati yang keruh ini akan menjadi setenang air di kali tatkala menatap wajahnya yang mulia dan jasadnya yang diberkati.Pastinya semangat juang yang makin pudar dalam diri ini makin segar umpama mata air yang terpancar di gurun sahara tatkala mendengar kata2 dan suaranya.Ya Rasullullah !!!! Kami rindu pada mu ….. harapnya nanti andai ditakdirkan Allah diri ini menjadi sayap kiri perjuangan insan yang bergelar suami , zauj ana takkan cemburu kalau ana nyatakan bahawa Baginda lebih ana cintai melebihi dirinya



Jika direnungkan semula di dalam dunia ni , kita takkan ketemu sebuah fail yg begitu kemas dan lengkap dalam perkara yang serupa terhadap sifat fizikal mana mana pemimpin dunia di seluruh alam termasuklah nabi2 terdahulu.Kerana kasih nya manusia dan para sahabat terhadap Rasulullah saw , sehingga segalanya mengenai Baginda di rakamkan semula d dalam kitab, Sunanulsitta dan Al –Syama’ Al Imamal-Tardmzii Rahmahullah.



Rasulullah saw dikurniakan tubuh yang tegap dan kacak ( Murabba’ Al Qamah ) kulitnya putih kemerah merahan.Ukuran tingginya seimbang dan sederhana,bila Baginda melangkah laksana menuruni tanah yang tinggi menurut kata sahabatnya.Rapi dan penuh kesungguhan.Bagi Nabi Muhammad saw,setiap detik umurnya penuh dengan kerja.Wajahnya cantik berseri , sentiasa tersenyum dan mmpunyai perwatakan yang menarik.Pernah sahabt2nya menatap wajahnya lama2 kemudian melihat kelangit merenung bulan untuk menentukan mana satu yang lebih berseri.



Di wajahnya,terpacak sebatang hidung yang comel tirus mancung.Matanya luas menampakkan bulatan mata hitamnya dengan jelas.Bahagian putih matanya menambahkan lagi seri wajahnya.Rambut hitam berikal mayang mencecah ke bahu.Janggutnya yang hitam dibiarkan tumbuh di keliling kawasan muka,manakala misainya dipasas … nampak kemas ..Bila janggutnya melebihi genggaman jarinya,terus dipotong serta dipesannya supaya ummatnya juga berbuat begitu agar mempunyai watak dan sahsiah muslim yang tidak serupa dengan kafir musyrik ..Giginya tersusun kuat,putih dan bersihnya tak usah di persoalkan kerana Baginda sendiri sangat kerap bersugi sampai zaujahnya bimbang kalau gigi Baginda haus.Bau mulutnya yang harum membuat orang suka mendekatinya ketika Baginda berpidato.Bau peluhnya jga harum sehingga ada seorang wanita tua iaitu Ummu Aiman menyiapkan botol kecil utk mendapatkan peluh Baginda.Perutnya tidak besar tetapi kemas dan sama kempis dengan dadanya.Di bahagian belakang tubuhnya,terdapat sebiji benjol umpama telur burung bertulis ALLAH dan dikenali sebagai MOHOR KENABIAN.Mengikut cerita lama, benjol ajaib ini lah menyebabkan seorang paderi di negeri Syam menggesa bapa saudaranya Abu Talib yang sedang menjalankan urusan perniagaan bersama Nabi yang ketika itu Baginda berumur 12 tahun supaya dibawa balik cpat ke Mekah dan jangan sampai diketahui oleh Yahudi di situ.



Terlalu banyak pengorbanan Rasulullah saw demi Allah , agamaNya dan umat nya.Teringat peristiwa bagaimana Baginda menerima ujian tatkala pemergian Baginda ke Thaif .. sehingga makhluk Allah yang lain spt gunung mintak izin utk menghimpit penduduk Thaif yang telah menyakiti Baginda.Peristiwa gigi Baginda patah ketika dalam peperangan … saat Baginda dilontarkan najis tatkala berda’wah…Ya Rasulullah saw….Yang paling ana terkesan,di saat akhir kewafatan Baginda … tatkala mengalami sakitnya sakaratul maut .. Baginda bukannya berdoa agar Allah meredakan kesakitan yang ditanggunnya .. tetapi yang di doakan agar ummatnya tidak merasai sakit sperti mana yang Baginda alami … Ya Rasulullah .. ternyatalah mmg layak dirimu menjadi kecintaan ku.. …Baginda amat mencintai kita selaku umatnya. Pernah diriwayatkan dalam satu hadith bahawa Baginda amat menyintai ummatnya yang merindui Baginda meskipun tidak pernah melihat Baginda ….moga2 kita semua tergolong dalam golongan seperti yang Baginda sebutkan.. Kita mencintai Baginda , lisan ini begitu yakin melafazkan kalimah cinta pada Kekasih Allah tetapi sunnah Baginda kita tinggalkan .. sikit sangat yang kita amalkan … kita dah tau di sana nanti kita perlukan syafaat Baginda tapi di dunia lidah kita segan nak berselawat keatas Baginda …….





PEMERGIANMU … ( Inteam )



Rasulullah..

Kau masih tersenyum mengubat lara .. Selindung derita yang kau rasa

Senyuman …yang mententeramkan

setiap insan yang kebimbangan



Hakikatnya tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu HumairaH

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu yang Esa



Tangan dicelup …di bejana air

Kau sapu dimuka .. Mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat



Dan tibalah waktu … ajal bertamu

Penuh ketenangan ….jiwamu berlalu

Linangan ….airmata syahdu

Iringi pemergianmu



Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia … kan mati akhirnya





Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun .. Kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya



DAN TIBALAH WAKTU … AJAL BERTAMU

PENUH KETENANGAN …..JIWAMU BERLALU

LINANGAN …. AIRMATA SYAHDU

IRINGI PEMERGIANMU



OH SUKARNYA…. UNTUK UMAT MENERIMA

BAHKAN PAYAH UNTUK UMAR MEMPERCAYA

TETAPI IMAN MERELAKAN JUA

BAHAWA MANUSIA … KAN MATI AKHIRNYA



Ya Rasulullah

Kau tinggalkan .. Kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnya

Kami merinduimu ….


--------------------
Setiap jiwa yg dilahirkn telah tertanam dgn benih utk mncapai kunggulan hdup.
Tetapi benih itu x akan tumbuh seandainya x dibajai dgn iman dan taqwa.
Agama menjadi sendi hdup,pengaruh menjadi penjaganya.
Kalau x bersendi runtuhlah hidup dan kalau x berpenjaga, binasalah hayat.
Org yg terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya brbuat jahat
PMEmail Poster
Top
1 User(s) are reading this topic (1 Guests and 0 Anonymous Users)
0 Members:

Topic Options Reply to this topicStart new topicStart Poll